Nasi Kandar Line Clear...


Ramai orang setiap kali ke Pulau Pinang sebelum  balik sure  pakat pekena "nasi kandaq"...salah satu gerai yang paling terkenal Nasi Kandar Line Clear. Bukannya dalam kedai tapi terletak hanya di celah lorong penjalan kaki berhadapan Jalan Pinang. Saya sampai pada pukul 4 ptg hari Ahad kebetulan pengunjung tidak ramai, tapi lauk pauknya panas dan nampak sedap. Harga agak berpatutan dan layanan pun baik, sekurang-kurangya cepat disapa "air dah order?"

RM 11..untuk sepinggan nasi kandar nih

Semasa ambil lauk jangan la pandang lebih-lebih, sebab mamak tu buat kerja memang selekeh (berterabur kuah oi )..tapi yang hairan lalat takda. Kedudukan meja sangat rapat biasalah nak kaut untung maksimum, macam mane la agaknye waktu makan tengahari? Kebersihan persekitaran memang agak kurang tapi inilah standard kedai malaysia.


Sambil duduk dimeja, air minuman dipesan dan toleh lah kiri dan kanan kelihatan ramainya gambar artis Malaysia yang "pakat mai dtg" makan sini, pandai diorang marketing. Sampaikan penuh dinding pejalan kaki tu dengan gambar artis. Yang paling best makan nasi kandar line clear ni bukan sahaja melayu yang makan, ramai pengunjung bukan melayu yang sama-sama datang termasuklah "Mat Salleh". Mungkin nasi kandar satu hari nanti boleh menggantikan nasi lemak sebagai nasi 1 Malaysia!

Comments

  1. Sekarang nasi kandar line clear...sudah tukar "nasi kandar line tak clear" susulan kes meja kerusi dirampas pihak bandaran...Nampak macam ade udang sebalik mee mamak!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts