Heriot - Watt University, Malaysia

Sambil-sambil joging terpandang struktur banggunan yang canggih, singgah sebentar rupa-rupanya sebuah universiti bertaraf dunia. Kedudukannya bersebelahan dengan Marina Putrajaya dan berhadapan dengan PICC. Bagus Putrajaya mempunyai universiti antarabangsa yang ke-47 ( QS University Rankings: Top 50 Under 50 2014) dalam senarai kedudukan universiti dunia. Agak terkenal juga universiti ini dalam Kejuruteraan Kimia ditambah pula dengan Vice Cancellornya Professor Robert J.M. Craik yang agak banyak kajian-kajian dalam "advance material"

  Robert J.M. Craik
Canggih rekabina universiti ini, mungkin beraspirasikan kaca dan logam, agak berbeza seperti banggunan di UK atau Dubai. Peratama kali saya menjejak kaki ke sini sudah terhidang anak tangga yang banyak seolah-olah mengingatkan sesiapa yang ingin menuntut disini bukan mudah untuk berjaya. 



Tapi yang menyedihkan tentang Heriot-Watt:

1.Yuran serendah 20k untuk program asasi sains dan perniagaan!

2.Senarai penawar biasiswa agak "unik" -

Great Eastern Life Malaysia, Loh & Loh Corporation Bhd, MNRB Holdings Berhad, Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC), Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng dan YTL Foundation.

3. Barisan "Representative" tak melambangkan 1 Malaysia-kesemuanya bangsa Cina

4. Tidak menguntungkan penduduk  majoriti Putrajaya-80% penduduk terdiri dari kakitangan sokongan bukan semuanya JUSA, mana mungkin mampu anaknya belajar disini.

5.  Kehadiran Heriot-Watt di Putrajaya lebih kepada "ada udang disebalik mee goreng"..tapi siapa yang peduli?

6. Syabas perbadanan Putrajaya kerana berjaya meminggirkan pendidikan orang Melayu di Putrajaya.

7. Hairan mengapa kampus salah satu 10 universiti teratas dunia tidak dibawa ke Putrajaya? Setidak-tidaknya universiti tempatan apa salahnya.




Harapan saya kuota pelajar-pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran, kuota tenaga pelajar  dan kuota pemberian biasiswa perlulah berdasarkan nisbah kaum di Malaysia (60% bumiputera dan 40% bukan bumiputera). Keutamaan perlu diberi pada anak penduduk Putrajaya, jika sesebuah universiti tidak boleh memberi sumbangan pada komuniti setempat apa guna ia ditubuhkan. Balik saja ke UK!
*P/S: Mana dia YB Tengku Adnan dengan konco-konconya...takan masih sembang kencang di medan P8 atau mamak kembar!


Comments

  1. Good sharing, the Edinburgh Business School MBA is delivered at Heriot-Watt University Malaysia campus at Putrajaya on a part-time basis. Lessons are carried out at the weekends to suit busy professionals who work during the weekdays. The essence of this weekend programme is whatever the participant learns at the weekend can be implemented at work come Monday, at work. This enables working students to put their newly developed skills and knowledge into practice within mere hours. For detail visit:
    http://kidbuxblog.com/earn-while-you-learn/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts