Jutaan terima kasih kepada semua student yang meraikan,yang menganjurkan atau yang menjayakan birthday party tahun ni...siap dgn prank yg tak masuk akal...lastly mmg boleh kita kate 'wa kena beb'...mmg enjoy...bercampur terharu.....hanya tuhan sajalah yg dapat membalas...terima kasih sekali lagi..
"Ordinary" Student, Extraordinary Teachers...
a person's choice of character was far more important than a person's choice of profession
Wednesday, October 5, 2011
Saturday, July 30, 2011
Kekalahan Harimau Malaya......
Kekalahan harimau malaya wajar dijadikan teladan...sebuah pasukan yang dipersiapkan bertahun lamanya akhirnya kecundang di tangan pihak yang reputasinya tidak seberapa..Sebagai juara asean memang memalukan apabila dititik hidup-hidup oleh pihak lawan....Semuanya sebab sikap ahli pasukan harimau malaya itu sendiri yang suka sambil lewa dan ambil mudah bagi setiap perlawanan....seperti orang tua cakap...'sudah mau buang air besar baru mau korek lubang'.......aiyaaaaa!
Samalah ceritanya sebagai seorang student, bekerja keras secara berkumpulan siang dgn malam....disebabkan sikap sambil lewa semasa persiapan dan ketika ujian hasilnya sungguh tidak membanggakan...sekali lagi hati mesti berkata "tak mengapa peluang kedua masih ada....",apabila peluang kedua terhidang sekali lagi hasilnya pun tidak seberapa..."tak mengapa peluang ke3 masih ada..." hari berganti hari akhirnya tiada lagi peluang dan alasan baru akan kedengaran..... "nak buat macam mana rezeki takde".....begitulah kesuadahannya dari satu ganerasi ke satu generasi baik yang tua mahupun yang muda. Sikap mudah menerima kekalahan sangat memalukan, daya juang yang rendah, sikap sambil lewa dan kawalan emosi yang tungang langgang antara ciri-ciri yang wujud dalam kod genetik pelajar melayu..ntah kenapa....sekali lagi alasan akan kedengaran...."itulah qada & qadar".....
Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Menghadapi Trial PMR 2011
Salam ramadhan dan good luck diucapkan kepada form 3, next week sudah mau trial..so buat elok-elok dan cuba lah sebaik mungkin.Perit jerih sebelum ni jangan disia-siakan dan kite tengok apa hasil nanti...Sementara itu banyak-banyak kan la berdoa sepanjang bulan yang mulia ni...ni masanya untuk memohon sesuatu yang bermakna dalam hidup..Mudah-mudahan diberkati selalu..
Kepada form 5...tabahkan hati dalam persiapan peperiksaan percubaan 5hb September 2011...suadah semakin hampir perjalanan sebagai seorang pelajar "sekolah menengah"....lepas tu holiday gilaaaarr!
Saturday, July 23, 2011
Histeria kembali....
Sudah agak lama masalah histeria tidak kita dengar di sekolah-sekolah Putrajaya...tahun lepas sekolah P8 menjadi mangsa...ntah kenapa tiba-tiba sekolah P16 pulak yang kelam kabut dengan kes histeria tahun ni.Susah kalau nak dipastikan secara logik akal hal macam ni boleh berlaku..mungkin histeria tu ada tetapi hal kerasukan pun tidak boleh ditolak begitu saja. Mungkin sudah menjadi tradisi bila musim exam sudah hampir, student Putrajaya akan histeria beramai-ramai dan yang ajaibnya "connected" seluruh sekolah Putrajaya. Sepatutnya tumpuan diberikan kepada persiapan trial PMR & SPM tetapi tumpuan itu sudah hilang entah kemana. Macam biasak la bile kejadian macam ni berlaku pihak sekolah pun bertindak terikut-ikut macam budak-budak, watak paling hot time ni si "ustaz dgn ustazah", sebuk dengan fokus untuk mengusir saka or penunggu yang menapak di sekolah masing-masing. Kalau nak diolah setiap satu memang meletihkan dengan kerenah budak-budak bangsa Melayu ni.....tapi parents Melayu ni akan lebih histeria bile melihat result trial SPM or PMR 2011 nanti!!!!Kejadian histeria berlaku sekali lagi....Friday, July 15, 2011
Salam kembali..
Setelah menempuhi pelbagai event,peperiksaan,undangan,rombongan dan yang terbaru kes 'BERSIH'...yang perlu diutamakan oleh semua pihak adalah peperiksaan percubaan PMR dan percubaan SPM selepas hari raya aidilfitri...Ketepikan dahulu urusan yang lain dan fokus perlu diberikan kepada persiapan pepriksaan trial untuk sementara waktu.Kemas kini semua nota dan latihan yang telah diberikan dan banyak-banyak bersabar dan tabah dalam belajar...
Genting Highland 04.07.2011
Kenduri kakak awie di Dewan P15
Hutan Simpan Lentang 04.07.11
Kenduri kakak aniess di Dewan C MAHA,Serdang.
Program menonton movie "Di sebalik bulan yang gelap"..
Tuesday, April 19, 2011
Ujian Pertengahan Tahun 2011
Sepatutnya semua student sudah mula mempersiapkan diri untuk ujian pertengahan tahun yang sudah hampir...format ujian sudah pasti mengikut SPM tetapi sejauh mana topik ujian yang akan dimasukkan dalam ujian masih diragui..walaubagaimanapun persiapan wajib dilakukan kerana keputusan ujian ini akan digunakan sebagai pantauan dan pengubahsuaian rancangan dalam menghadapi ujian percubaan SPM 2011....sama ada pelajar itu disingkirkan, dipindahkan dan sebagainya bergantung kepada keputusan ujian tersebut....segala rancangan yang dilakukan adalah bertujuan untuk kebaikan bersama dan menjaga kualiti pelajar itu sendiri...Terima kasih.
Saturday, April 2, 2011
Tahniah
Tahniah diucapkan pada student SPM 2010 yang lepas,ade result yg ok...de jgk result yang kureng baik..tetapi secara keseluruhan keputusan semua ok dan seimbang...macam mane result pun rezeki masing-masing susah kita hendak jangkakan..Teruskan usaha dan sabar dalam menempuh cabaran masa yg mendatang...semoga diberkati selalu...
Wednesday, March 9, 2011
Tuisyen biology...
Setelah sekian lama permintaan untuk kelas biologi ditangguhkan...kini sudah sampai masanya klas biologi dimulakan dengan serta merta..kebetulan cikgu yg mengajar subjek ini bersetuju untuk melibatkan diri secara profesional (setahun lebih kene pujuk)...bukan senang hendak mencari guru yang boleh memberikan komitmen.Mana-mana student yg terlibat sila maklumkan abg untuk kita uruskan....terutamanya form 5, jangan tangguhkan lg...Terima kasih.
Wednesday, March 2, 2011
Persiapan exam awal tahun...
Kalau tak silap 7hb march nanti exam awal tahun akan bermula bg smua sekolah area putrajaya..malangnye chapter untuk exam setiap sekolah tak same,ade yg cover hmpir keseluruhan dan ade yg just 1 or 2chapter sahaja..yg penting exam kali ni masih tidak mengikut standard spm or pmr...malang sungguh....walau ape pun smua student must be prapare,no excuse...May god bless all of you...
Thursday, February 24, 2011
Perubahan jadual
Kemungkinan besar sedikit perubahan jadual akan dilakukan,mngkin yg terlibat 2 atau 3 kumpulan sahaja yg terlibat.walau apa pun sama-sama lah kita meng adjust sbaik mngkin...sebarang kesulitan amat dikesali..
Friday, February 4, 2011
Friday, January 7, 2011
Apabila spm sudah selesai.....
Maka bermula lah satu alam baru yang pelik dan lain dari yang lain...ada yang mula bekerja secara part time or full time,ada yang holiday sana sini, ada jugak yang terasa hilang kawan al maklum la semua dah ade urusan, ada yang merayap sana sini, ada yang bertapa dekat Alamanda dari pagi sampai malam dan ada yang 'tanam buah anggur' sampai tak berbuah....walau apa pun kerja yang dibuat semuanya berfokuskan kepada 'jom kita enjoy' sebelum result keluar... kalau result semua ok mungkin semua student akan mula mendaftar ke universiti pilihan masing-masing habis lewat bulan August 2011...selepas tu sunyi la Putrajaya ni...lastly Good Luck semua & take care...
Thursday, December 2, 2010
Soalan Bocor SPM.....
Soalan bocor datang lagi....Tak sepatutnya bergantung pada soalan ramalan (spot!!) SPM, mmg tiap tahun spot mcm nk runtuh memang takan kluar keluar sebijik....tapi bunyi macam sipi-sipi tu ada la...kalau yang sedikit itu nak dijadikan kiraan memang peratusan tetap kantoil!!kesimpulannya bersedia lebih awal lebih baik dari teknik cari soalan spot...yg paling melampau 'statement soalan bocor', biasakla tu bznz..mmg ade manusia suke ambil kesempatan time org tgh kelam kabut prepare SPM....kalau betol-betol ready sebelum SPM bagi la soalan ape pun, sure bleh jawab...!!
Subscribe to:
Posts (Atom)














