Bukit Broga @ Bukit "Celebriti"
Mungkin tepat dengan gelaran bukit "celebriti" disebabkan cukup terkenal dikalangan pelajar sekolah dan universiti beriadah hujung minggu. Cakap saja Bukit Broga sudah tentu ramai yang pernah mencuba untuk menawan puncak yang hanya 400m dari paras laut. Terima kasih kepada pihak RHB yang bersusah payah menaja pintu gerbang dan papan tanda aras, sekurang-kurangnya pendakian Bukit Broga menampakkan kemajuan berbanding dahulu.
Pendakian boleh dilakukan 24jam, 7 hari seminggu pendek kata tidak pernah ditutup untuk orang ramai. Cuma cas RM 2 dikenakan pada pendaki yang meletakkan kenderaan didalam kawasan kelapa sawit tua entah siapa yang punya estet. Jangan terkejut setiap hujung minggu ada gerai "Pak Jabit" ala-ala warung bunian juga dibuka untuk kemudahan bagi yang belum bersarapan, saya yakin tak lama lagi sudah pasti akan dinaik taraf.
Semakin mendekati puncak semakin bahaya pendakian, agak curam dan merbahaya. Baru mencabar!Kelihatan juga pakcik makcik berhempas pulas menawan puncak Broga bersama cucu, juga ada pasangan-pasangan romantik tolong menolong dikecerunan. Jika berlaku kemalangan pandai-pandai sendiri la yeh, tiada pegawai perubatan/ ranjer yang bertugas.
Yang paling menarik dipuncak ada tanda arah kiblat, tapi tempat berwuduk mana? Jangan la harap tandas dipuncak Beroga pulak!Bagi yang berkhemah jika darurat penyelesaiannya faham-faham sendirilah.
Semasa pendakian kita boleh lihat denai-denai semakin besar dan terhakis teruk, keadaan akan semakin kritikal semasa hari hujan. Air hujan mengalir bersama dengan tanah bukit, jika keadaan dibiarkan berterusan tidak mustahil suatu hari nanti semakin "rendah" Bukit Broga...Jelas bukit ini bukit "celebriti", jumlah pendaki terlampau ramai sehingga laluan pendakian semakin kritikal. Tapi siapa yang peduli....
Saya hairan siapa yang memperkenalkan Bukit Broga?Siapa tuan pemilik terutamanya estet kelapa sawit tua?Siapa yang sepatutnya memelihara dan mengawal bukit?Rugi jika dibiarkan tempat menarik seperti ini rosak semata-mata memenuhkan poket-poket entah siapa. Bagi yang belum pernah ke Bukit Broga silakan sebelum bukit ini pupus.
Comments
Post a Comment