Nostalgia Istana Negara "Lama"
Assalamualaikum, lama betol meninggalkan blog tercinta disebabkan kesibukan mendidik anak bangsa...Sebelum ini patik yang pacal hina hanya mampu melihat pagar istana sahaja sambil-sambil menikmati "jem" berjam-jam entah bila kesudahannya. Selepas Yang Dipertua Agong berpindah ke istana baru barulah istana lama ini dibuka kepada orang awam dan sudah tentu peluang ini patik takan lepas!
Setibanya patik dipintu pagar disambut dengan "tarian" silat dari hulubalang istana...Boleh pulak tergelak-gelak senyum semasa buah-buah silat dikeluarkan, kalau mahaguru nampak mau "diterajang" hulubalang sampai petala langit ke 8!
Sebelum tu patik kena beli tiket RM 5...takpa demi tuanku..Niat asal untuk bergambar didalam istana tetapi tidak kesampaian kerana kamera tidak boleh dibawa masuk, niat jahat tu ade untuk guna saja telifon tapi pergerakan patik sentiasa diawasi kamera dan hulubalang istana. Bagus juga tidak dibenarkan kalau tidak bersepahla gambar-gambar milik Yang Dipetua Agong di "photoshopkan" rakyat jelata.
Kesimpulanya bahagia dalam blok utama istana hiasannya sangat cantik dan antik ala-ala perabot "empire" tapi dimakan usia sampaikan lantainya berbunyi "seksis" walaupun berlapikkan permaidani mewah.
Hiasan dinding semuanya berwallpaper berbunga emas, bilik yang banyak untuk kerabat atau tetamu, ade klinik diraja (waaaa!), ade bilik wayang (bukanlah setahap GSC atau TGV) dan yang paling dasyat bilik airnye berjekuzi (mungkin terjun tiruk pun boleh) lengkap dengan bilik dobi serta bilik makeup!Kalau nak disenaraikan semua bilik memang tak mampu patik ingat, yang penting semua kemudahan ini sesuai dengan imej seorang Agong.
Di balairung seri utama untuk pertama kalinya patik masuk (maklumla patik tidak pernah menerima sebarang pingat) sungguh nostalgia, gambar-gambar dari Yang Dipertuan Agong pertama sehinggalah koleksi peribadi Sultan Kelantan dan Yang Dipertua Negeri Sembilan menjadi pameran utama.
Bagi yang ingin menunaikan solat, surau istana ade disediakan diluar kawasan istana betul-betul berhadapan gerai ikan bakar.Berpeluh patik jalan ke belakang pagar istana...
Patik menyarankan semua rakyat jelata yang lahir di tanah bertuah ni pergilah ke istana negara lama untuk mempelajari, menilai dan memahami istitusi beraja yang usianya ratusan tahun. Walaupun arus kemodenan tidak boleh dihalang tetapi warisan-warisan seperti ini perlu dipelihara sampai kiamat kerana tanah ini nyata milik Melayu . Daulat Tuanku!
Harap-harap satu hari tuanku jemput la patik datang mengadap ke istana baru...
ReplyDelete