China Malaysia Friendship Garden...
Betapa sanjungnya Malaysia ke atas negara China sampaikan sanggup menyediakan sebuah taman betul-betul di pusat pentadbiran Putrajaya. Sampaikan nama taman pun China didahulukan nama Malaysia dikemudiankan! Kedudukannya di bawah Jambatan Seri Saujana berdekatan dengan Masjid Sultan Mizan (masjid besi).
Signifikan kah hubungan Malaysia-China? Memang tidak dinafikan China merupakan salah satu kuasa ekonomi dunia ditambah dengan bilangan rakyat yang ramai dan geografi yang luas, tetapi jangan lupa psikologi bangsa ini kebanyakannya "ada udang disebalik mee mamak". Sifat dominan dan ingin menguasai dengan apa cara sekalipun sudah terbukti. Sejarah banyak dicatatkan bagaimana mereka ini sanggup menumbangkan maharaja sendiri bukan sekali walhal mereka mengangap mahajara merupakan Tuhan! Tidak salah "berkawan" tetapi tidak perlu ditatang habis-habisan sampai diangkat sebagai "sahabat".
Selepas kejadian MH370 Malaysia dimaki habis-habisan kita sambut dengan senyuman dengan "taman" di Pusat Putrajaya dan kesudian meminjamkan panda! Apa kata bina juga tembok besar China di sekeling Putrajaya bagi memantapkan ukwah Malaysia-China. Baik betul pemimpin kita ni...
Rekabentuk bangunan dan taman kolam persis seperti di Beijing, ditambahkan dengan kehadiran ikan koi menyerlahkan tamadun China. Sepatutnya rekabentuk binaan taman perlulah menggabungkan Malaysia-China. Kos dan siapa yang menanggung saya tidak tahu, tapi harapan saya adanya taman persahabatan Malaysia -China di Beijing. Kenapa tidak selepas ini kita adakan taman persahabatan India-Malaysia?
Comments
Post a Comment