Malaysia Indoor Beach..
Saya belum pernah sampai ke sini mungkin insyallah suatu hari nanti😎. Sepatutnya Malaysia memiliki pantai buatan di dalam dewan seperti di Krausnick, Jerman. Pusat ini mula dibina pada tahun 2012 dan dibuka pada tahun 2014 dengan keluasan 66000 meter persegi (360m panjang x 210m lebar). Mungkin merupakan pantai buatan manusia terbesar didunia..gila betoi orang Jerman nih. Berkeupayaan menampung 6000 pelawat dalam suatu masa, 50 000 batang pokok tropikal dan berkeupayaan mengawal suhu persekitaran mirip dengan suhu tropikal.
mungkin hampir sama saiz dengan stadium bukit jalil
Asalnya sebuah "hanger" yang ditinggalkan dan mereput, setelah deperbaiki dan diubahsuai oleh salah sebuah syarikat Malaysia (rujukan Mail Online:
|
kawasan pantainya lebih menarik dari Port Dikson
siap dengan air terjun lagi
rumah rehat pun ada.
Lengkap dengan dekorasi ala-ala tropika termasuk resort untuk bermalam yang cantik dan eksotik seperti gambar bawah.
macam rupa rumah melayu lama pun ada!!!
macam pernah ku lihat ...
siap dengan gazebo air
Bukan setakat itu, pantai buatan ini lengkap dengan pelbagai permainan air ala-ala Sunway Lagoon.(rasenya lebih menarik!)
Alangkah bagusnya kalau negara kita mempunyai tempat sehebat ini. Sekurang-kurangnya kita memiliki tempat tarikan baru untuk pelancong asing dan tempatan dan tidak hanya bergantung pada keindahan alam semulajadi semata-mata. Peluang pekerjaan baru dirangsang bersama kegiatan ekonomi setempat sedikit sebanyak mendapat tempias. Imej bidang kejuruteran di Malaysia juga sudah tentu tersohor dimata negara-negara lain yang tertanya-tanya bagaimana kita melakukannya...Kalau kita mampu melaksanakan projek seperti ini dinegara orang kenapa tidak di negara sendiri.
Comments
Post a Comment