Kemana halatuju program TV kita?
Apa sudah jadi dengan program tv kita? Program televisyen digunakan sebagai medium pembentukan mentaliti rakyat dalam sesebuah negara. Perkara buruk boleh diubah suai kepada perkara yang baik malahan sebaliknya jika televisyen digunakan sebagai medium penyampaian.
Rata-rata rumah di Malaysia pasti memiliki sebuah televisyen dan purata jam menonton televisyen seseorang individu sudah tentu tinggi,tetapi apa yang ditonton?
Pengaruh program televisyen dalam pembentukan mentaliti seseorang individu sangat besar dan efektif, banyak kajian dilakukan oleh pakar-pakar psikologi membuktikan kesan-kesan positif atau negatif hasil dari pendedahan seseorang individu terhadap program televisyen, tidak menghairankan jika ia digunakan sebagai medium propaganda sesebuah negara.
Mangsa utama program televisyen ini sudah tentulah kanak-kanak, mereka lebih cenderung untuk mengikut tanpa logik akal yang waras.Walaubagaimanapun kesan program televisyen ke atas golongan yang lebih waras seperti remaja dan golongan dewasa juga tidak boleh dinafikan sama sekali, pembentukkan persepsi dan andaian suatu perkara banyak dipengaruhi program televisyen yang ditonton.
Kementerian pendidikan Malaysia mula meningkatkan kualiti soalan peperiksaan sekolah rendah dan menengah kepada kualiti yang lebih tinggi seperti "kemahiran berfikir aras tinggi- KBAT". Di sekolah kebanyakkan murid akan didedahkan dengan soalan-soalan aras tinggi sampaikan golongan dewasa pun tidak boleh selesaikan. Pada dasarnya bagus pendekatan Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi malangnya tidak ada kesinambungan.
Suasana budaya berfikir aras tinggi tidak diteruskan dalam program-program sekolah dan berada di rumah. Persekitaran budaya berfikir aras tinggi tidak menjadi kebiasaan, mereka sama sekali didedahkan dengan program televisyen hiburan, lawak jenaka yang melampau dan cinta yang tidak ada kesudahan. Mungkin ada program televisyen yang bagus untuk minda individu tetapi ia bukan menjadi kebiasaan. Rata-rata lebih kepada program yang mementingkan keuntungan tanpa kawalan dan bertanggungjawab.
Bukan itu sahaja, muhibbah sangatkah program televisyen Malaysia? Masih banyak program-program import dari India, China, Korea,Australia,Amerika dan sebagainya. Negara-negara ini bukanlah sebuah negara pelbagai kaum, sudah tentu program televisyen dari negara ini tidak merangsang perasaan muhibbah bagi rakyat Malaysia.
Kalau disenaraikan kelemahan-kelemahan program televisyen kita memang tidak cukup, tetapi kenapa ia dibiarkan begitu tanpa ada mana-mana pihak menegur untuk kebaikan bersama. Lakukanlah tindakan jangan hanya bercakap megah dalam parlimen.
Jika dibiarkan berterusan mungkin kita boleh jangkakan 20 tahun akan datang bagaimana mentaliti rakyat Malaysia?Ketika itu kita sudah terlambat...

Comments
Post a Comment