Malaysian Big Bikers..
1. Trend terbaru masyarakat Malaysia terutamanya kaum melayu pertengahan untuk memiliki motorsikal berkuasa besar samada keluaran Jepun atau Eropah. Ada juga keluaran asia yang bertopengkan Eropah!
2. Pelbagai pandangan ada yang berpendapat keluaran Jepun lebih sesuai untuk kegunaan harian ada pulak yang sebaliknya. Jika dikira dari sudut yg paling laju majoriti berpendapat motorsikal keluaran Jepun paling laju tetapi keluaran Eropah selesa melayan selekoh.
3.Harganya yang mahal bukan penghalang terutamanya makin banyak bank yang menyediakan pinjaman seperti AEON Credit (4%-250cc ke atas), Bank Rakyat (4.5%-250-500cc, 5%-500cc ke atas), Al Rajhi Bank dan sebagainya. Tapi dinasihatkan ukurlah poket terlebih dahulu walaupun minat melebihi segalanya.
4. Bukan pelaburan terbaik kerana susut nilai yang terlalu teruk jika dibandingkan dengan kereta. Tetapi ada juga berpendapat motorsikal keluaran Jepun harga susut nilai lebih tinggi daripaga keluaran Eropah.
5.Kos penyelenggaraan yang mahal mungkin menyamai atau melebihi kos penyelengaraan kereta terutamanya berjenama Eropah seperti Ducati, BWM , Aprilia dan sebagainya.
6. Keupayaan mencelah semasa sesak tidak sebaik motorsikal berkuasa kecil, mudah overheated dan penggunaan minyak yang agak banyak. Bila hujan tetap kena berhenti bawah flyover...
7. Yang membimbangkan sikap setengah penungang motosikal berkuasa tinggi yang ego dan mementingkan diri semasa di jalanraya. Kelajuan 140km/h adalah perlahan dan boleh menyebabkan overheated itu antara alasannya. Penyebab kemalangan terlalu laju, pemandu kereta mengubah laluan tanpa isyarat, jalan licin dan tidak berada dilaluan yg betul. Apa salahnya kalau semua pihak menghormati pengguna jalanraya yang lain.
8. Risiko kecurian agak sederhana mungkin kebanyakan sistem keselamatan yang baik tetapi kehilangan komponen selalu berlaku. Ada sesetengah komponen boleh digunakan di motorsikal berkuasa kecil. Aksesori motorsikal berkuasa tinggi mencecah ribuan ringgit sebagai contoh ekzos Akrapovic boleh mencecah RM 4K. Gilaaa.....!
9. Semakin banyak model motorsikal memasuki pasaran mungkin dalam beberapa tahun mendatang majoriti rakyat Malaysia mampu memiliki motorsikal berkuasa besar kerana harganya semakin murah dan mampu milik. Isyallah lepas ini aktiviti "merempit" akan semakin laju!
Comments
Post a Comment