Sungai Sedim Tree Top Walk, Kulim, Kedah.


Pertamanya tak sangka Malaysia mempunyai tempat seperti ini...Terletak di Sungai Sedim, Kulim...taip saja nama "sungai sedim" di google earth, insyaallah keluar lah direction untuk ke sini. Boleh dikatakan agak cantik permandangan, tenang dan mengagumkan...antara yang laluan penjalan kaki terpanjang dalam dunia! Mula di bina tahun 2005, siap 2008 dan dirasmikan pada tahun 2009 oleh sultan Kedah... Sudah lama rupanya tempat ni, tapi kurang di kormesialkan. Setiap pengunjung dikenakan bayaran RM 10 bagi dewasa, kanak-kanak dalam RM 5 kalau tak silap. Ketinggian maksimum dalam 22 meter dan jarak laluan hampir 1km..Rugi siapa yang tak pergi tempat nih...

 Tidak bergoyang, walaupun laluan masih mengerikan sebab pengunjung masih boleh melihat ke bawah. Pagar pun agak tinggi  baik untuk keselamatan kanak-kanak.
 Dari atas memang jelas sungai sedim..tapi kalau datang waktu kemarau memang jelas kurang airnya.Aktiviti rafting conferm tak boleh..
Setiap 100m adalanya checkpoint untuk berehat dan membaca nama-nama spesies pokok yang ramai yang tak paham namanya! Yang paling menarik adanya pokok namanya "Kulim"!
 Banyak aktiviti yang boleh dibuat  seperti water rafting, wall climbing, ATV, camping dan sebagainya. Bahagian yang paling sedih kebersihan pada tahap sederhana, pihak pengurusan tak boleh dipersalahkan kalau pengunjung yang datang bermentalitikan pengotor...

Comments

Popular Posts