Sulu makin menganas!

Seorang lagi askar Malaysia tewas akibat dari serang hendap pihak sulu.Memang ini la teknik yang akan diguna pakai pihak sulu selagi ada pasukan PDRM dan ATM di Lahad Datu. Tidak mungkin pihak sulu akan menyerang secara terang terangan ke atas pihak Malaysia kerana kekurangan persenjataan. Walaupun begitu keupayaan pihak sulu yang paling ajaib ialah menyorok/menyamar dan  menyerang hendap sampai sukar dikesan. Jelas tentera sulu sudah lama merancang sehingga merekalah sebahagian dari sistem sosial Lahad Datu. Pihak PDRM & ATM  tidak mungkin menyelesaikan krisis ini selagi penduduk tempatan tidak campur tangan kerana mereka lah yang lebih arif dengan selok belok masyarakat dan geografi Lahad Datu sehinggakan ada pengganas yang sudah lama menjadi imam di kampung mereka (mirip macam asimilasi askar Jepun sebelum masuk menyerang tanah melayu)...


Sebagai seorang pelajar,amati betul-betul perkara yang memang tidak akan ditulis dalam buku teks sekolah seperti bagaimana pihak kerajaan menangani masalah ini, keupayaan pertahanan Malaysia, asal usul keturunan dan budaya sulu, bagaimana perancangan pihak sulu, hubungan  sesama ASEAN dan paling penting bagaimana mentaliti rakyat Malaysia  dalam perkara ini.



Comments

Popular Posts