Cemerlang awalnya..Tercicir akhirnya..

Satu hari lagi keputusan spm 2012 akan diumumkan, ade yang tidak senang duduk ade yang mula hendak demam dan tak kurang jugak yang berkobar. Walau apa pun situasinya kehidupan mesti diteruskan,tidak semestinya keputusan yang cemerlang kehidupan pasti terjamin. Agak menghairankan bagaimana pelajar melayu yang keputusan spm baik akhirnya tercicir semasa di peringkat diploma dan ijazah walhal masing-masing berasal dari famili yang terpelajar. Bila diselidik perkara ini jelas kebanyakan pelajar ini hilang  kawalan diri jika berjauhan dengan famili walhal jaraknya bukan beribu kilometer. Ada yang terlampau seronok sangat sampai "dunia ini ana yang punya " dengan adanya pinjaman PTPTN atau MARA, hilang terus pertimbangan dan tanggungjawab seorang pelajar. Perlu diingat semester pertama bagi semua peringkat diploma atau ijazah sangat penting, jika CGPA awal tidak lepas 3,jangan harap pointer penyudah nanti akan 3 ke atas..silap-silap hari bulan CGPA 2.5 pun payah.Ini lah dilema budak melayu,tidak tahu dimana silapnya. 

Seperti biasa selepas tarikh 21.3.2013 ini calon-calon  bakal siswazah akan mula merancang dimana mereka akan melanjutkan pelajaran, penuh dengan fantasi walhal realiti kehidupan sangat menakutkan. Persiapkan diri dengan jati diri yang kukuh dan akal yang bersih mudah-mudahan tercapailah semua yang dicita.




Comments

Popular Posts