Bamboo Cannon Manual...

Artikel nie bukannya utk menggalakkan korang buat meriam buluh,tp sebagai info bagaimana meriam buluh berfungsi,at least bile balik kg takde la tenganga..
Org Philipines panggil ‘boga’,mat salleh pangil ‘spud gun’ tp dkt sini ‘meriam buluh’. Diperbuat daripada sebatang buluh (berdiameter 4- 6 inci, panjangnya 4-5 kaki) atau paip pvc yang dicampur bersama kalsium karbida dan air. Tindak balas kimia yang terhasil daripada campuran kalsium karbida dan air di dalam buluh menghasilkan asetilena, gas yang mudah meletup. Gas asetilena akan meletup apabila didedahkan kepada api. Letupan tersebut boleh mengakibatkan kecederaan teruk jika tidak dikendalikan dengan berhati-hati.

Kalsium karbida-(CaC2) tidak berwarna dalam keadaan tulen, tetapi kebanyakan sampel kelihatan berwarna hitam sehinggalah ke ketulan putih kekelabuan, bergantung kepada grednya.Cth kalau nak tengok mcm dlm pelita yang digunakan di pasar malam.

Selain dari kalsium karbida, minyak tanah juga digunakan sebagai bahan api. Kurang daripada secawan (lebih kurang 200 ml) minyak tanah panas dibubuh di dalam lubang kecil pada meriam buluh. Sebatang kayu kecil digunakan untuk membakar wap yang terhasil dan seterusnya menghasilkan letupan meriam. Seterusnya udara segar dibiarkan masuk ke lubang kecil itu dan meriam dibakar lagi. Sedikit latihan diperlukan bagi menghasilkan letupan yang paling kuat.Biasanya dipanggil ‘meriam tanah’.

Bagaimana kemalangan berlaku:

1. ‘delay blast’- meriam dibakar tetapi ia tidak meletup. Apabila dibuka bahagian tertentu meriam barulah letupan berlaku dan bekemungkinan akan menyambar muka.
2. Meriam pecah-apabila letupan terlalu kuat,buluh tidak mampu menahan daya letupan yang dihasilkan walaupun ia dililitkan dengan ‘getah tayar’. Gila punye keje!


AMARAN: JANGAN SEKALI KALI CUBA DAN JOIN AKTIVITI NIE!

Comments

Post a Comment

Popular Posts