Symptom 'Gila Bayang'
Tanda-tanda yang kamu dah mula gila bayang:
1. Kamu mula teringat pada si dia lebih kerap daripada biasa. Seolah-olah gambaran wajahnya melekat pada minda kamu.
2.Tidur kamu jadi tak lena. Dialah orang terakhir dalam fikiran kamu dan orang pertama yang menjelma dalam kotak fikiranmu, bila kamu bangun tidur.
3. Selera makan kamu tiba-tiba berkurangan. Makanan kegemaran kamu pun jadi tak sedap.
4. Kamu selalu teruja nak berjumpa dengannya. Bila fikir mengenainya saja dah cukup untuk buat kamu rasa gembira dan cukup bertenaga.
5. Kamu mula mengekorinya, menyimpan jadual waktunya dan mula mendapatkan nombor telefon si dia… semua secara rahsia.
6.Tiba-tiba saja kamu jadi pakar dalam puisi cinta dan lagu cinta. Kamu mula menyukai filem romantik walaupun selama ini filem sainslah satu-satunya fiksyen yang kamu tonton seumur hidup.
P/S: Sempena hari raya ni,lg la nampak symptom2 gila bayang a.k.a angau....hehehehe!
Comments
Post a Comment