Si dia.....

Tempoh pencarian 'jejaka idaman' a.k.a. 'si dia' bukanlah singkat,maybe brtahun2.Berdasrkn sumber2 yg boleh dipercayai inilah ciri2 'si dia' yg dicari2 oleh semua perempuan...
1.Dia menghormati kamu.
Dia bukan sahaja menghormati pandangan kamu malah sentiasa hormat terhadap perasaan kamu. Dia menunjukkannya dengan menjadi pendengar yang baik dan sentiasa mengambil berat perasaan kamu.
2.Dia mempunyai pekerjaan yang bagus atau sentiasa berusaha memperbaiki dirinya.
Kerja yang bagus dan tetap menunjukkan yang dia bertanggungjawab terhadap masa dan wang. Jika dia kekal lama dalam satu pekerjaan itu, ini menunjukkan yang dia seorang sabar dan tabah.
3.Dia berkomunikasi dengan kamu.
Komunikasi di sini bukan setakat berborak semasa makan atau minum kopi ya! Lelaki yang pandai berkomunikasi tahu bagaimana untuk menyampaikan perasaannya tanpa membuatkan dia seolah-olah berlagak atau berfikiran sempit. Dia juga mendengar pendapat kamu dan sentiasa menghargai cadangan. Yang seronoknya, dia juga boleh dibawa berbincang untuk memastikan perhubungan kamu berjaya.
4.Dia pentingkan keluarga dan rakan kamu.
Keluarga dan rakan-rakan seorang wanita itu merupakan sebahagian daripada hidupnya. Mereka merupakan sumber kekuatan dan sokongan untuk wanita tersebut. Lelaki yang tepat untuk kamu akan memahami semua ini dan tidak akan menghalang kamu daripada bersama-sama keluarga dan rakanmu.
5.Dia menyokong impian dan matlamat hidup kamu.
Matlamat hidup seorang wanita mungkin berbeza, terpulang pada apa yang dia mahu. Mungkin seorang wanita itu mahukan keluarga yang bahagia, menjadi wanita berkerjaya ataupun perniagaan yang maju. Sekarang ni pun wanita semakin berdikari dan berpendidikan tinggi. Lelaki yang tepat seharusnya menggalakkan wanita ini serta menyokongnya dari belakang

P/S:Siapa antara kite 'si dia'?????Hmmmm.....Bleh comment skit?

Comments

Popular Posts